Khamis, 9 Julai 2009

Kerja Dengan Ikhlas

Assalamualaikum......hrmmm hari nie aq ada kat rumah kg. melayu sbb 2 dapat on9 jap....Apa yang aq nak kongsikan pada korang sume ialah mengenai melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas...Dalam kehidupan seharian kita mmg susah kita nk ikhlas kan nape ek?????hurmm mungkin ada berbeza-beza pendapat manusiakan....Bagi aq lak hurmmm kalu kita nak betul2 ikhlas wat keje satu kita jgn selalu merungut atau berleter pada perkara yang sedang kita lakukan...Hurmmmm untuk menjadikanya ikhlas anggap pekerjaan yang kita wat itu adalah satu ibadah atau amalan jariah...InsyaAllah kita akan merasakan nikmat bekerja di situ disamping mendapat rezeki yang halal......Dalam satu organisasi ada satu ketua dan ketua itu dilantik samada dipilih atau dilantik....Ketua nie fungsi dia adalah membuat keputusan setelah berbincang....dan perkara yang perlu kita wajib lakukan adalah patuh kepada setiap arahan yang diberikan oleh ketua hurmmm arahan yang baik sahaja kita boleh ikut.....Hurmmm menjdi ketua nie bukanya mudah...selaku ketua kita harus ingat bekerjalah dengan ikhlas ...apa yang aq coretkan adalah peringatan pada diri aq jugak......semoga anda menjadi seorang yang ikhlas gud luck!!!!!

Isnin, 8 Jun 2009

Wah mencabarnyee!!!!!


Semalam lepas je aq balik kerja, faiz mantan pengerusi PRS telepon...dia cakap nak jumpa sbb nak bincang pasal program, hurmmm aq tanpa penat dan lelah setelah selesai solat maghrib terus aq jumpa ngan faiz....hurmm katenye nak jumpa kat mc'd tapi entah ape kene ngan faiz 2 tetibe dia mengidam nak makan abc huhuhu aq pun apa lg promote tempat aq la kat kg.melayu majidee...so kitaorang pun lepak la kat sane sambil2 tu kitaorang oder makanan n.ayam dengan makan abc huhuhuh setelah abes makan aq pun mula bersuara meluahkan rasa bimbang terhadap semester hadapan...Hurmmm bukan mudah nak jd seorang pemimpin nie...ape yang aq risaukan ialah berkenaan pelapis untuk sem2 yang akan datang...

Urmmm agak lama kitaorang bincang masalah nie huuuu aq dah mula berubah muka setelah berfikir agak lame tentang kesan2 yang akan berlaku sem depan..aq harap setiap apa pun jua masalah yng melanda akan adanya pintu jalan penyelesaian...hurmm jam menunjukan kul 9.45 malam, badan pun mula rasa panas jadi aq mencadangkan supaya perbincangan ini dilanjutkan ditempat yang berhawa dingin...tempat yang paling sesuai ialah kat mc'd sebelah dgn care4 so disana keadaan agak selesa kami pun meneruskan perbincangan mengenai program masuk jugak la tentang cerita2 personal ape masalah yang kami hadapi sume kami luahkan di sana...

Tepat kul 1.00 pagi mama aq telepon dia tanye aq ada kat mane??aq pun menjawab yang aq nie ada kat mac'd care4 so mak aq pun dah x riso lagi....dia tepon aq sbb dia lapo suh aq beli mee goreng huhuhuhuhuhu......perbincangan kami terhenti pada kul 2.00 pg oleh kerana esk aq kerja so aq balik....mase balik 2 aq singgah kejap kat kedai makan belikan mak aq punye mee goreng....sampai je rumah aq ketuk tinggkap sbb nk kejut mak aq supaya buka pintu dapur.....dah buka aq beri la mak aq mee tapi dia kate dia dah makan n.goreng yang ayahku beli so tanpa buang mase g aq habiskan mee yang aq beli 2...mak aq pun menjama jgk mee yang aq beli oleh sbb dia dah knyang dia makan sikit je huhuhuhu masuk bilik aq terus tido........

Ahad, 7 Jun 2009

Sekejapnyeeee...


Hurmmm pejam celik-pejam celik hari ini da masuk bulan jun...Tapi aq rase macam aq nie baru masuk latihan industri sebulan....Banyak juga pengalaman aq timba semasa praktikal tu..kawan pun dah bertambah harap2 x la lost contact.....Seperti biasa rutinku hari2 ialah tepat je kul 9.00 pg mesti dah terpacak kat dalam opis, maklumlah pekerja berdisplin katekan huhuhu tapi kadang2 tu ada terlewat jugak tapi atas sebb2 tertentu la mcm ujan...

Korang mesti nak taw kan ape yang aq dapat mase aq ngah praktikel tu...Hurmmm walaupun aq nie jenis x amik tahu sangat tapi aq amik tauge je hehehe sori jangan mare aq memain je...ape yang aq dapat ialah mengenal erti "0ne team" ape2 pun yang bakeup kitaorang sume team nie la huhuhu tapi sepanjang aq praktikel kat sini x kene marah pun..malah majikan baik ngan kitaowang first time dapat bos baik cam nie...terasa bangga jugak la bos aq nie jenis owngnye suke bantu golongan bumiputra (melayu)...hurmmm ape2 pun tq to all of you...

Mase aq tulis blog nie, aku still lagi kat opis yela internet free je so gunakan la kemudahan yang ada sebaik mungkin so dengan mase yang ada nie aq coretkan la jap luahan isi ati aq nie...hurmm bile dikire hari hurmm tinggal 3 hari je aq dah nak abis praktikel kejap je rasenye...Tapi ape yang kite kene ingat setiap pertemuan itu ada perpisahan mungkin aq akan berjumpa dengan diaowng lagi manelah taw kan....so kat tempat aq Li nie mmg best aq cakap keje 2 mmg sentiasa ada tapi x rase penat pun huhuhu sebenarnye kerja peribadi je ada keje rasmi 2 kadang2 ada kadg2 xde lumrah la 2 dalam dunia berniaga nie....alamak bos kat sebelah huhui muke aq selumber je tulis blog nie hahahaha....

Bos dia x marah dia tau ank2 buah dia tgh xde keje so dia bg la sket kebebasan pada kitaowang...aq cakap nie sebb aq tgk 3R semalam huhuhu...apa lagi nak 2lis ek hurmmmm a'ah aq harap pas aq kuar dari sini, aq dapat la idea tok wat projek aq sem depan agak mencabar juga la bagi aq untuk menempuhi semester depan...itu je dari aq all da best to u team!!!!!

Sabtu, 6 Jun 2009

Tanggung Jawabku Makin Berat


Asalamualaikum...tepat 1 jun 2009 aq telah dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Johor Bahru oleh mantan pengerusi sesi jan 2009..."Allah akan beri tanggungjawab kepada seseorang , selaras dengan kemampuan hamba2Nya".....Hurmmm bagi aq ini adalah satu cabaran hidup yang harus aq hadapi iaitu sebagai pemula untuk aq lebih mengenali dariku sendiri serta sifat kempimpinan yang ada dalam diriku...tidak mustahil suatu hari nanti aq akan berjaya bergelar seorang pemimpin negara, pengalaman bergini la banyak yang akan mengajar diri kita untuk lebih berkeyakinan diri serta memotivasikan diri...

Aq sebenarnya nak cite satu pekara....hurmmm sejak aq menceburkan diri aq dalam bidang kepimpinan nie, banyak pro dan contra yang aq lihat....hurmmm semestinya sifat serta sikap seseorang itu banyak kelainanya...hurmmmm mungkin ini cabaran yang aq harus tempuhi ...kepada kawan2 ku yang disayangi, aq harap korang berikan sokongan dari segi apa pun ea...

AZRI bermaksud (penyokongku,kekuatanku).........aq percaya mengapa ayah dan ibuku memberi namaku sebegitu kerana aq memerlukan sokongan dari meraka barulah kekuatanku akan terserlah....huhuhuu mmg benar selama ini aq hidup memerlukan sokongan terutama sekali daripada ibu dan ayahku...jikalau tiada orang yang mahu menyokongku, tidak mengapa kerana aq tahu yang sentiasa memberikan ketenangan dan kekuatan untuk aq harungi sume ini ialah penciptaku....Allah maha besar!!!!

Isnin, 11 Mei 2009

Selamat Hari Ibu


Asalamualaikum mama, hari ini hari ibu...terkenang angah saat-saat seorang ibu bertarung nyawanya demi melahirkan seorang anak semata2 hendak memberi peluang untuk angah melihat dunia yang luas ini...tq mama jasa mama angah xterbalas dengan wang ringgit atau harta...Apa yang angah leh wat hanyalah mengembirakan mama dengan ayah....Mama tahniah angah ucapkan sebab mase hari lahir angah 2/4/2009 mama dapat tawaran bekerja...alhamdulillah mama hidup kita ada perubahan yang baik walaupun sedikit.....Mama nak taw x bagi angah hari2 adalah hari ibu bagi angah tapi hari ini lain sket sbb semua orang sambut bersama2 dalam mase yang same so meriah la rase....mama angahkan rindu sangat kat mama walaupun hari ini kita duduk serumah tapi hari2 angah nak tengok muka mama....kalu satu hari x tengok angah akan gelisah la....hurmm mama angah sedih sebb kalu2 ada kecikkan hati mama bukan niat angah xmo ucapkan selamat hari ibu tapi time 2 angah xde kat umah...angah xnk ucapkan melalui hp or sms tp angah nak cakap depan2 angah nak peluk mama anagh nak minta maaf kat mama....mama sememangnya angah bersyukur kerana dapat dilahirkan menjadi insan yang sempurna angkota badan ini....mama angah akan cuba bahagiakan mama sampai akhir hayat mama... ilov you so much my mum....

Isnin, 13 April 2009

Gembira???


hey!! hurm kawan-kawan hari ini x taw kenape aku epy sesangat ek?????hope ada benda yang baik berlaku ke atas diriku insyaAllah Amin.....hurm sepekara kita kene ingat jika kita gembira,nak taw ape dia????secara lazimnya kadang kala manusia alpa semasa mereka gembira dan ada yang sujud syukur kerana mereka terlalu gembira...so ape yang aku nak kongsikan kat sini ialah:

1) ingatlah kepada Allah selalu.
2) usah terlalu gembira sehingga keterlaluan kerana bimbang akan kedukaan di masa hadapan.
3) Sentiasa mengucapkan syukur alhamdulillah kepada Allah kerana telah memberi kita nikmat gembira.

Jika anda mempunyai tip2 yang lain!! bolehlah kongsikan bersama ...tq 4 ur reply

Jumaat, 10 April 2009

Mutiara Kata


Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Rabu, 8 April 2009

Sahabatku Kau Teman Sejati


Salah seorang sahabatku telah pergi untuk selamanya meninggalkan diriku dan sahabat-sahabat yang lain ketika kami sama-sama berjuang untuk mencari ilmu. Namanya Akmal hanya sempat bersama kami semua selama 1 semester sahaja. Aku ingat lagi sewaktu Akmal melambai-lambai tanganya memangilku untuk berbuka puasa di luar bersama-sama. Sahabat tenang lah dikau disana. Aku hanya mendoakan engkau agar tergolong di kalangan orang2 yang soleh amin. Wahai sahabat-sahabatku yang melihat blogku ini sedekahkan lah al-fatiha kepada roh Akmal semoga rohnya dicucuri rahmat.

Selasa, 7 April 2009

Jatuh Aduuhhh!!!


Begitulah lumrahmya semasa diriku kecil,orang yang paling aku rapat ialah abangku Azfar maklumlah masa itu yang ada aku dan abangku sahaja,adikku yang bongsu ketika itu masih dalam perut mamaku. Nak buat cerita yang menjadikan kami berdua rapat hingga kini ialah sewaktu mamaku memberikan duit sebanyak 50 sen, kisahnya macam ni..."Abg!!!adik nak makan gula2,abg pegilah beli kat bawah adik tunggu kat atas je"aku..."hurm adik abg malas la nak turun bawah nanti ada harimau"abgku..."ala adik bagitaw ayah nanti kalu abg xnak belikan"aku..."yela2 abg pegi tapi adik tunggu kat atas je taw"abgku...."ok abg"aku...

Hurmmm dalam masa yang lama aku terus menunggu,namun muka abgku tidak lagi muncul2...ledih kurang 15 minit jugak aku tunggu....semasa aku menunggu aku terdengar jeritan suara abgku..."adik2 lari cepat ada harimau kejar!!!!"abgku...."apa??harimau ahhhhhhhhh"aku....dengan langkah seribu aku berlari manaiki anak2 tangga,aku lihat abgku sudah dihadapan huh! "macam mana nie harimau kat belakang"aku....tiba2 kaki ku terlanggar anak tangga,mulalah aku berguling jatuh dari tangga..aku masih menangis ketika itu yang aku lihat mamaku dah memiat telinga abgku..bapaku pula mengangkat diriku ke atas dan mengetuk pintu jiran sebelah rumahku..."Rahman2 bukak pintu aku nak mintak tolong engkau hantar anaku pergi ke hospital"bapaku....Rahman pun membuka pintu"Apa kenapa dengan anak engkau nie"Rahman....Dengan pantas aku dikejarkan ke hospital.....Semasa dihospital bila aku tersedar sahaja aku terlihat sinar lampu..rupa-rupanya aku kene jahit di bawah dagu kerana terkoyak hurmm tp disebabkan kedegilanku mengatasi segala rasa sakit ketika aku di jahit pada bahagian bawah dagu....Disebabkan peristiwa aku jatuh dari tangga gula-gula pun aku xdapat makan hehehe...Korang tertanya2 x kenapa ada harimau kat rumah flat tu...harimau yang dimaksudkan abgku adalah seekor kucing...hahaha ketika itu umur abgku baru 5 tahun dan aku baru sahaja 3 tahun....Peristiwa itu yang teriyang2 di mindaku betapa manisnya kenangan masa lalu...kalu x caya cek lah ada kesan jahitan dibawah daguku hehehe nak taw peristiwa lain tunggulah aku update hehehe....

Diriku


Namaku Muhammad Azri Bin Jamal, aku dilahirkan di Hospital Lumut Perak pada tanggal 02 April 1989. Aku mempunyai 3 orang adikberadik termasuk diriku, anak sulong diberi nama Mohd Azfar Bin Jamal dan adiku yang bongsu diberi nama Muhammad Affan Bin Jamal. Untuk pengetahuan kalian aku yang berbaju kuning...Diantara kami bertiga yang paling degil adalah diriku hahaha...mane taknya kecik-kecik dah pandai panjat bagunan 9 tingkat di Flat Tentera Laut dulu hihi..degil x degil la kan, tapi nasibku waktu tu baik kerana kebetulan bapaku pulang dari belayar, cuak muka bapaku bila terlihat diriku sedang cuba untuk memanjat keluar dari tembok bagunan...Lantas dengan pantasnya tiba2 aku terasa ada orang mengankatku dan satu pukulan mantap mengenai pipiku aduhhh!!!sakitnya....hurm korang mesti nak tahukan kenapa aku panjat tembok 2?? hehehe...aku panjat tembok bagunan 2 semata-mata nak menyelamatkan kapal terbang kertas yang aku buat sendiri,maklumlah first time blaja buat. Disebabkan aku tidak tidur malam gara-gara nak siapkan kapal terbang kertas tu,aku sanggup membarhayakan keselamatan diriku semata-mata nak ambil kapal terbang kertasku yang tersangkut pada antena TV ...Tapi kalu korang nak taw aku pandai buat kapal terbang kertas sendiri ketika umur aku 3 tahun lagi..hurmmm bergitu la diriku sewaktu kecil dahulu memang nakal..

Selamat Datang Ke Blog Kehidupanku


Assalamualaikum semua terutama kepada pengunjung-pengunjung blog saya ini, anda semua sihat?saya doakan anda semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Mesti semua orang tertanya-tanya kenapa harus saya buat blog seumpama ini??hurmm sebenarnye blog kehidupanku ini akan menjadi salah satu diari dalam hidup saya. Di dalam blog ini juga anda semua dapat mengetahui perkembangan hidup saya dan perkara lama atau baru yang saya alami. Mudah-mudahan blog ini dapat memberi faedah bagi sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang ingin tahu perkembangan hidup saya. Hurmm jangan risau blog ini jugak akan saya muatkan segala isu-isu semasa yang saya tahu dan penulisan ilmiah yang ingin saya kongsikan bersama. Selamat Datang Kepada Semua!!!!

Salam Ukhuwah

Sahabat aku memerlukan mu, untuk meneruskan langkahku ke tempat yang aku ingin tuju..sahabat aku mengerti walau pahit dan manis kau setia bersamaku..sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menegur bukanya yang sentiasa memuji..