Isnin, 13 April 2009

Gembira???


hey!! hurm kawan-kawan hari ini x taw kenape aku epy sesangat ek?????hope ada benda yang baik berlaku ke atas diriku insyaAllah Amin.....hurm sepekara kita kene ingat jika kita gembira,nak taw ape dia????secara lazimnya kadang kala manusia alpa semasa mereka gembira dan ada yang sujud syukur kerana mereka terlalu gembira...so ape yang aku nak kongsikan kat sini ialah:

1) ingatlah kepada Allah selalu.
2) usah terlalu gembira sehingga keterlaluan kerana bimbang akan kedukaan di masa hadapan.
3) Sentiasa mengucapkan syukur alhamdulillah kepada Allah kerana telah memberi kita nikmat gembira.

Jika anda mempunyai tip2 yang lain!! bolehlah kongsikan bersama ...tq 4 ur reply

Jumaat, 10 April 2009

Mutiara Kata


Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Rabu, 8 April 2009

Sahabatku Kau Teman Sejati


Salah seorang sahabatku telah pergi untuk selamanya meninggalkan diriku dan sahabat-sahabat yang lain ketika kami sama-sama berjuang untuk mencari ilmu. Namanya Akmal hanya sempat bersama kami semua selama 1 semester sahaja. Aku ingat lagi sewaktu Akmal melambai-lambai tanganya memangilku untuk berbuka puasa di luar bersama-sama. Sahabat tenang lah dikau disana. Aku hanya mendoakan engkau agar tergolong di kalangan orang2 yang soleh amin. Wahai sahabat-sahabatku yang melihat blogku ini sedekahkan lah al-fatiha kepada roh Akmal semoga rohnya dicucuri rahmat.

Selasa, 7 April 2009

Jatuh Aduuhhh!!!


Begitulah lumrahmya semasa diriku kecil,orang yang paling aku rapat ialah abangku Azfar maklumlah masa itu yang ada aku dan abangku sahaja,adikku yang bongsu ketika itu masih dalam perut mamaku. Nak buat cerita yang menjadikan kami berdua rapat hingga kini ialah sewaktu mamaku memberikan duit sebanyak 50 sen, kisahnya macam ni..."Abg!!!adik nak makan gula2,abg pegilah beli kat bawah adik tunggu kat atas je"aku..."hurm adik abg malas la nak turun bawah nanti ada harimau"abgku..."ala adik bagitaw ayah nanti kalu abg xnak belikan"aku..."yela2 abg pegi tapi adik tunggu kat atas je taw"abgku...."ok abg"aku...

Hurmmm dalam masa yang lama aku terus menunggu,namun muka abgku tidak lagi muncul2...ledih kurang 15 minit jugak aku tunggu....semasa aku menunggu aku terdengar jeritan suara abgku..."adik2 lari cepat ada harimau kejar!!!!"abgku...."apa??harimau ahhhhhhhhh"aku....dengan langkah seribu aku berlari manaiki anak2 tangga,aku lihat abgku sudah dihadapan huh! "macam mana nie harimau kat belakang"aku....tiba2 kaki ku terlanggar anak tangga,mulalah aku berguling jatuh dari tangga..aku masih menangis ketika itu yang aku lihat mamaku dah memiat telinga abgku..bapaku pula mengangkat diriku ke atas dan mengetuk pintu jiran sebelah rumahku..."Rahman2 bukak pintu aku nak mintak tolong engkau hantar anaku pergi ke hospital"bapaku....Rahman pun membuka pintu"Apa kenapa dengan anak engkau nie"Rahman....Dengan pantas aku dikejarkan ke hospital.....Semasa dihospital bila aku tersedar sahaja aku terlihat sinar lampu..rupa-rupanya aku kene jahit di bawah dagu kerana terkoyak hurmm tp disebabkan kedegilanku mengatasi segala rasa sakit ketika aku di jahit pada bahagian bawah dagu....Disebabkan peristiwa aku jatuh dari tangga gula-gula pun aku xdapat makan hehehe...Korang tertanya2 x kenapa ada harimau kat rumah flat tu...harimau yang dimaksudkan abgku adalah seekor kucing...hahaha ketika itu umur abgku baru 5 tahun dan aku baru sahaja 3 tahun....Peristiwa itu yang teriyang2 di mindaku betapa manisnya kenangan masa lalu...kalu x caya cek lah ada kesan jahitan dibawah daguku hehehe nak taw peristiwa lain tunggulah aku update hehehe....

Diriku


Namaku Muhammad Azri Bin Jamal, aku dilahirkan di Hospital Lumut Perak pada tanggal 02 April 1989. Aku mempunyai 3 orang adikberadik termasuk diriku, anak sulong diberi nama Mohd Azfar Bin Jamal dan adiku yang bongsu diberi nama Muhammad Affan Bin Jamal. Untuk pengetahuan kalian aku yang berbaju kuning...Diantara kami bertiga yang paling degil adalah diriku hahaha...mane taknya kecik-kecik dah pandai panjat bagunan 9 tingkat di Flat Tentera Laut dulu hihi..degil x degil la kan, tapi nasibku waktu tu baik kerana kebetulan bapaku pulang dari belayar, cuak muka bapaku bila terlihat diriku sedang cuba untuk memanjat keluar dari tembok bagunan...Lantas dengan pantasnya tiba2 aku terasa ada orang mengankatku dan satu pukulan mantap mengenai pipiku aduhhh!!!sakitnya....hurm korang mesti nak tahukan kenapa aku panjat tembok 2?? hehehe...aku panjat tembok bagunan 2 semata-mata nak menyelamatkan kapal terbang kertas yang aku buat sendiri,maklumlah first time blaja buat. Disebabkan aku tidak tidur malam gara-gara nak siapkan kapal terbang kertas tu,aku sanggup membarhayakan keselamatan diriku semata-mata nak ambil kapal terbang kertasku yang tersangkut pada antena TV ...Tapi kalu korang nak taw aku pandai buat kapal terbang kertas sendiri ketika umur aku 3 tahun lagi..hurmmm bergitu la diriku sewaktu kecil dahulu memang nakal..

Selamat Datang Ke Blog Kehidupanku


Assalamualaikum semua terutama kepada pengunjung-pengunjung blog saya ini, anda semua sihat?saya doakan anda semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Mesti semua orang tertanya-tanya kenapa harus saya buat blog seumpama ini??hurmm sebenarnye blog kehidupanku ini akan menjadi salah satu diari dalam hidup saya. Di dalam blog ini juga anda semua dapat mengetahui perkembangan hidup saya dan perkara lama atau baru yang saya alami. Mudah-mudahan blog ini dapat memberi faedah bagi sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang ingin tahu perkembangan hidup saya. Hurmm jangan risau blog ini jugak akan saya muatkan segala isu-isu semasa yang saya tahu dan penulisan ilmiah yang ingin saya kongsikan bersama. Selamat Datang Kepada Semua!!!!

Salam Ukhuwah

Sahabat aku memerlukan mu, untuk meneruskan langkahku ke tempat yang aku ingin tuju..sahabat aku mengerti walau pahit dan manis kau setia bersamaku..sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menegur bukanya yang sentiasa memuji..